Thursday, 27 February 2014

Kenali ADAM KHOO -Rahsia Murid LEMBAP Menjadi GENIUS

INI adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Singapura. Kisah mengenai seorang murid bernama Adam Khoo. Adam Khoo ialah seoarang murid sekolah rendah yang lembap. Menurut Adam, sejak hari pertama persekolahan lagi, dia sudah merasakan dirinya seorang murid yang gagal. Adam langsung tidak suka membaca buku pelajaran. Adam hanya ketagih bermain video game dan menonton tv.

Semasa di dalam kelas, Adam langsung tidak menumpukan perhatian. Hasilnya, Adam selalu gagal dalam ujian. Oleh kerana selalu gagal, akhirnya timbul rasa benci Adam terhadap sekolah, guru, dan juga pelajaran.
Lebih memburukkan keadaan, semasa di tahun 3, Adam telah dibuanag sekolah. Adam mempunyai masalah disiplin yang sangat teruk. Akhirnya Adam telah dimasukkan ke sekolah baru.

Adakah Adam akan berubah di sekolah baru? Jangan harap! Adam masih juga tidak berubah. Adam tetap bersikap negetif dan malas belajar. Semasa keputusan ujian PLSE (sama dengan UPSR) keputusan ujian Adam sangat mendukacitakan. Adam pernah dibuang sekolah kerana masalah disiplin dan prestasi akademik yang teruk, hingga tidak ada satu sekolah menengah pun yang ingin menerima Adam. Ibu bapa Adam sangat risau dan kecewa dengan nasib Adam. Mereka berusaha memohon masuk ke 6 buah sekolah menengah yang berlainan. Malangnya, tidak ada satu pun yang sudi menerima Adam.

Akhirnya, mujurlah Adam diterima juga masuk ke sekolah menengah. Ibu bapa Adam berasa sungguh lega dan gembira. Harapan mereka agar Adam belajar dari kesilapannya dan akan berubah semasa di sekolah menengah itu nanti.


*ADAM DI SEKOLAH MENENGAH*

Sikap Adam masih tidak berubah. Prestasi akademiknya tetap di tahap yang lama. Adam sangat lemah dalam subjek matematik. Semasa di tingkatan satu, pernah satu ketika guru matematik menghubungi ibunya. Guru tersebut hairan mengapa Adam sangat lemah dalam subjek matematik. Walaupun sudah berada di tingkatan satu. Adam tidak dapat menyelesaikan msalah matematik darjah 4. Ia sungguh memalukan.

Adam juga mengakui, dari 8 subjek yang diambilnya, beliau hanya lulus 4 subjek sahaja. Pada waktu itu, cukup makan sudah dikira amat baik buat Adam. Markah ujiannya hanya sekitar 45% hingga 55% sahaja. Malah, daripada keseluruhan pelajar yang berjumlah 160 orang, Adam merupakan 10 yang terakhir.
Ibu bapa Adam panic dan bimbang dengan perkembangan Adam. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menghantar Adam ke kelas tuisyen. Malangnya, usaha mereka langsung tidak menampakkan hasil.

Ibu bapa Adam masih tidak berputus asa. Kali ini mereka membuat keputusan untuk menghantar Adam belajar ke luar negara. Pada pendapat mereka, sekiranya Adam masih belajar di Singapura, dia akan terus ketinggalan. Masa depannyaakan gelap. Berita tersebut sampai ke telinga Adam. Adam membantah sekerasnya keputusan itu. Adam tidak mahu belajar di luar negara.

Pada suatu hari, ibu bapa Adam membuat keputusan untuk mendaftarkan Adam bagi mengikuti sebuah kem motivasi sebagai usaha terakhir mereka. Jika Adam masih tidak berubah, dia akan dihantar ke luar negara. Adakah Adam Berjaya diubah dan berubah setelah ke kem motivasi?


*ADAM SELEPAS KE KEM MOTIVASI*

Selepas 5 hari berhempas pulas di kem motivasi, Adam akhirnya berubah. Ibu bapa Adam gembira bukan kepalang. Adam kini bukanlah seperti Adam yang dahulunya bermasalah dan tidak bermotivasi. Adam benar-benar sudah berubah. Ibu bapa Adam bagai bermimpi. Pada pendapat meraka, apa yang berlaku kepada Adam adalah satu keajaiban.

Adam kini adalah Adam yang baharu. Adam memiliki kepercayaan, semangat dan azam yang baharu. Adam kini telah menetapkan matlamat yang sungguh tinggi untik dicapainya. Berikut adalah 3 matlamat utama Adam iaitu:

1.   Adam ingin menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
2.  Adam ingin masuk ke Victoria Junior College (kolej yang terkenal dan ternama di Singapura)
3.  Adam ingin masuk ke National University Of Singapore (sebuah universiti yang terkenal dan popular di Singapura)

Adam begitu bersemangat untuk mengejar matlamat dan impiannya. Adam yang sebelum ini murid lembap dan bermasalah kini bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar genius dan cemerlang di sekolahnya. Adam bersusah payah membuat dan menampal poster di dinding bilik tidurnya untuk mengingatkan dirinya tentang 3 matlamat utama yang ingin dicapai itu.

Setiap hari Adam akan berlajar bersungguh-sungguh. Adam mengamalkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajarinya semasa di kem motivasi. Adam tidak jemu-jemu membuat peta minda, mengamalkan tekniksuper memori, teknik membaca laji dan lain-lain. Mujurlah dia mempelajari teknik memotivasikan diri sendiri dan teknik melawan sifat bertangguh semasa di kem motivasi.

Adam mengamalkan teknik-teknik yang dipelajarinya itu untuk kekal bersemangat dan bermotivasi. Kawan-kawan Adam sangat hairan dengan berubahan Adam yang mendadak. Untuk mendapatkan kepastian, mereka bertanya pada Adam rahsia perubahannya.

Dengan penuh yakin dan bersemangat, Adam menjawab bahawa dia ingin menjadi seorang murid yang cemerlang di sekolah mereka. Adam juga memberitahu kawan-kawannya dia kan ke Victoria Junior College. Meraka terkedu dan terperanjat dengan jawapan selamba Adam. Mereka berasa geli hati dengan cita-cita baharu Adam itu. Mereka memperlekehkan dan mentertawakan Adam. Tidak cukup itu, mereka juga mengatakan bahawa Adam sudah tidak siuman.

Peliknya, Adam langsung tidak memarahi dan mengambil hati dengan sindiran dan kutukan pedas kawan-kawannya. Sebaliknya, Adam kekal bersemangat. Kutukan pedas mereka benar-benar menambahkan motivasi Adam untuk mencapai matlamatnya. Pada pendapat Adam, apa yang penting ialah usaha yang bersungguh-sungguh. Dia akan buktikan kepada kawan-kawannya yang dia pasti akan berjaya mencapai impiannya itu.


*USAHA ADAM MEMBUAHKAN HASIL*

TUHAN telah berfirman di dalam surah al-Insyirah.

Maksudnya: Sesunggunya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.

Itulah yang telah berlaku kepada Adam. Penat lelah dan kerja kerasnya telah pun membuahkan hasil.
Dalam masa 3 bulan sahaja, markah Adam melonjak 52% - 70%. Kedudukan Adam di dalam aliran juga naik mendadak. Daripada 10 tercorot, Adam menjadi antara 18 terbaik. Ini menyebabkan keyakinannya semakin bertambah.

Dalam tempoh 1 tahun, Adam Berjaya memperoleh 7A, walaupun hanya lulus 2 subjek sahaja sebelum ini. Adam juga menjadi pelajar terbaik di sekolahnya.

Sepanjang 3 tahun di sekolah tersebut, Adam berjaya menjadi pelajar yang paling cemerlang. Adam juga berjaya mencipta sejarah. Beliau adalah pelajar pertama yang berjaya memasuki Victoria Junior College.


*ADAM CEMERLANG DI KOLEJ & UNIVERSITI*

Adam terus mengamalkan formula belajarnya semasa di kolej. Sewaktu keputusan peperiksaan A Level diumumkan (SPM) Adam sekali lagi mendapat keputusan yang cemerlang dan melayakkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke National University Of Singapore (NUS).

Adam mengekalkan sifat positifnya dan kekal cemerlang. Malah beliau sering kali menerima anugerah dekan sepanjang pengajiannya. Adam juga berjaya menjadi salah seorang pelajar yang paling cemerlang di university tersebut.


*ADAM CEMERLANG DI LUAR BILIK DARJAH*

Sebenarnya, di kolej lagi, Adam sudah menyimpan cita-cita dan mencabar dirinya untuk menjadi jutawan muda. Semasa berusia 15 tahun, Adam memberanikan diri memulakan perniagaan pertamanya.
Walaupun sibuk belajar dan membuat persediaan OLevel (PMR) Adam mengisi masa terluangnya untuk member ceramah motivasi di sekolah-sekolah sekitar Singapura.

Di university, Adam mengambil keputusan untuk berkongsi formula kejayaanya. Untuk tujuan itu, beliau menulis buku pertamanya yang bertajuk I Am Gifted, So Are You!(1998) dan menjadi buku terlaris di Singapura.

21 tahun, Adam memulakan perniagaan yang kedua pula iaitu pusat latihan dan perundingan. Setahun selepas itu, Adam membuka perniaagan ketiganya, perniagaan berkaitan pelaburan hartanah dan ekuiti.

Selepas 2 tahun menamatkan pengajiannya di university, Adam Berjaya mengumpul asset bernilai 1.2 juta Dolar Sinagpura. Adam hanya berusia 26 tahun ketika itu. Malah, 2 daripada 3 perniagaannya telah berjaya. Adam dibayar $2000 Dolar Sinagpura hanya untuk 1 jam berceramah.


*APAKAH RAHSIA PERUBAHAN ADAM*

Semasa di kem motivasi, para jurulatih telah berjaya mengubah kepercayaan Adam. Keajaiban yang berlaku pada dirinya berpunca daripada kepercayaan barunya. Kepercayaan sangat berkuasa. Ia mampu menukar Impossible kepada Possible. Jika kita fikirkan boleh, maka kita pasti akan boleh berjaya.  

Perkara pertama dan paling penting yang saya belajar semasa di kem motivasi ialah, hebatnya kuasa percaya! Ia ibarat suis yang akan membuka atau menutup kehebatan dan kemampuan sebenar otak kita. Kepercayaan saya yang salah sebelum ini sebenarnya menyekat saya daripada menjadi murid genius dan cemerlang.


Begitulah kata-kata azimat Adam dalam buku ke-4nya yang bertajuk Master Your Mind, Design Your Destiny.

Watch & Download BTS MAP OF THE SOUL ON:E CONCERT DVD for FREE

  BTS MAP OF THE SOUL ON:E CONCERT DVD DVD CONTENTS :- DISC 1 :  MOTS ON:E Concert - part 1 DISC 2 : MOTS ON:E Concert - part 2 Day-2 All Me...