Saturday 9 March 2013

Nota Novel: Azfa Hanani Tingkatan Empat


Biodata Pengarang...

          Halis Azhan MOHD. Hanafiah dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Januari 1970. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan
          Beliau memperoleh B. ED. TESL. (Hons.) daripada UKM dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada UPM. Kini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah kursus Penilaian Kreatif di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
          Antara novel beliau ialah Konflik, Krisis, Arif, Cinta Gadis Nadia, Biduk Berlalu, Erni Aflina dan seperti Sejalur Pelangi. Tiga buah antologi cerpen remaja beliau ialah Dunia Kecil Kami, Terjerat dalam Belenggu, dan Cerita pada Hari Valentine.
          Antara anugerah yang dimenangi ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1988-1994 dan 1991-1994, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil - DBP 1998, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

INTISARI BAB...
 
Takut:
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.

Siapa Mereka?:
Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.
Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.

Kerana Terdesak:
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

Seawal Kehadiran:
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

Sebagai Murid Baharu:
Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.

Imbalan Budi:
Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.
Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.

Kerenah Laili:
Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Tertanya-tanya:
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.

Ekran:
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.

Meluah Rasa:
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.

Bukan Dirancang:
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.

Melulu:
Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.


Hadiah Bererti
Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat lalu menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.

Misteri Yang Tersimpan
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.

Kunjungan Mengejut
Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.

Hari Sumbangsih
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.

Terusir
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teori fizik, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari banglo itu.

Hakikat
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar menumpangkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa
Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fuziana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.


 SINOPSIS...

Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.

Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. 

Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.

Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar  mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya  penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.


Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa  Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

TEMA...


Novel Azfa Hanani bertemakan kemasyarakatan, iaitu peranan dan tanggungjawab seorang gadis menyelamatkan seorang ibu dan keluarga sendiri yang dibelenggu kemiskinan. Gadis yang dimaksudkan ialah Azfa Hanani yang merupakan watak utama dalam novel. Dia merupakan anak yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang dipanggil pak long yang merupakan penoreh getah. Dia mempunyai empat orang sepupu termasuk Zuraini yang lumpuh. Kehidupan yang miskin membuatkan persekolah Azfa Hanani juga menjadi sukar. Dia juga menanti hari dia akan diberhentikan sekolah kerana ketiadaan belanja daripada pak longnya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mencuri pinjam buku-buku dari perpustakaan sekolahnya. Kehilangan buku-buku itu disedari oleh pihak perpustakaan. Azfa Hanani kemungkinan digantung persekolah atau dibuang sekolah.
 
..............Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah menyelamatkan keadaan. Azfa Hanani telah menerima tanggungjawab yang baharu seperti diminta oleh Tengku Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa masalah dapat diselesaikan. Dia dapat meringankan beban pak longnya menanggung persekolahnnya. Selain itu dia juga dapat menolong pak longnya mengubati Zuraini yang lumpuh. Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh Azfa Hanani ilah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan perasaan setelah anak kesayangannya meninggal dunia.
 
..............Setelah berada di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani dapat meringankan beban pak longnya. Dia juga dapat bersekolah dengan baik tanpa memikirkan akan diberhentikan persekolahan kerana kesuntukan wang. Sebagaimana yang dijanjikan oleh Tengku Mazran, Zuraini telah dihantar menjalani rawatan di Jakartasehinggalah dia dapat berjalan. Dia juga dapat mengatasi perasaan rindu dan sayang Datin Maziah terhadap annaknya, Tengku Murni walaupun seketika. Datin Maziah dapat mengesan perbezaan antara Azfa Hanani dengan anaknya Tenku Murni. Namun dia diterima semula setelah keluarga Datiin Maziah mengetahui bahawa Azfa Hanani pernah disusuinya seetelah ibu dan bapanya meninggal dunia akibat daripada kecuaian Tengku Makmur semasa memandu. 


PERSOALAN...

1.    Persoalan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Datin Maziah terlalu sayang akan    anaknya, Tengku Murni sehingga Tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa Tengku Murni telah meninggal akibat kemalangan yang berlaku. Tengku Mazran amat takut perasaan Datin Maziah   terganggu. Keadaan itulah yang menyebabkan dia meminta Azfa Hanani yang seiras dengan Tengku Murni menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani juga sayang akan keluarga pak longnya. Dia menyedari kedaifan pak longnya. Dia reda andainya dia diberhentikan sekolah. Dia juga mengirimkan wang kepada pak longnya semasa berada di rumah Datin Maziah.
 
2.    Persoalan kemiskinan dan masalah hidup masyarakat luar bandar. Pak long bekerja sebagai penoreh getah yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Selain itu dia juga mempunyai seorang anak yang lumpuh. Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak yang lumpuh menyebabkan belanja persekolah Azfa Hanani tertunggak. Mereka tinggal di rumah yang berdinding buluh dan beratap nipah. Kekangan itu menyebabkan pak long merancang untuk memberhentikan Azfa Hanani daripada persekolahan walaupun Azfa Hanani merupakan salah seorang murid cemerlang. Kemiskinan juga menyebabkan Azfa Hanani mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan.
 
3.   Persoalan perbezaan darjat antara dua golongan masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur. Tengku Muzaffar telah menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran. Semasa Azfa Hanani tinggal di rumah mereka, sekali lagi Tengku Muzaffar mengambil tindakan yang sama menyebabkan Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Tengku Muzaffar mengakui bahawa dia tidak mahu Tengku Murni dan Azfa Hanani berkawan dengan Ekran yang miskin dan tidak mempunyai masa depan. Datuk Tengku Makmur pula memberi upah kepada Azfa Hanani dan tindakan ini merupakan satu penghinaan kepada golongan miskin.
 
4.    Persoalan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar. Azfa Hanani seorang pelajar yang cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dia hanya mendapat keputusan P7. Semasa belajar di sekolah baharu, iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari, dia menjadi bahan ejekan kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Semasa pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.
 
5.   Persoalan cita-cita dan masa depan seorang pelajar. Ekran bercita-cita    tinggi. Dia           ingin menjadi seorang akautan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita       tersebut. Semasa peperiksaan SPR dia tidak mengikut rakannya belajar dalam aliran    sains di   Tingkatan Empat. Dia sebaliknya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata   pelajaran Akaun. Di dalam kelas dia mempelajarinya secara teori, selepas waktu  persekolahan pula dia mempraktikkan pelajaran yang dipelajari. Dia membuka gerai burger. Dia memberitahu Azfa Hanani bahawa dengan berniaga dia dapat mempraktikkan pengetahuan akaun keluar dan akaun masuk serta tabungan. 


 
WATAK DAN PERWATAKAN...

AZFA HANANI
a.    Berumur 17 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil dan dia dijaga serta dibesarkan oleh bapa saudaranya yang merupakan penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Semasa di Tingkatan Lima dia teleah bertukar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Dia mempunyai empat orang adik sepupu termasuk seorang yang lumpuh iaitu, Zuraini.
 
b.    Azfa Hanani lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya mendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawannya yang lain dapat bertutur dengan lancar. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca.
 
c.    Azfa Hanani prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakannya yang memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia thelah menerima permintaan Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
 
d.    Azfa Hanani seorang yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. AZfa Hanani memahami keadadan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari dengan menaiki bas. Jarak di antara rumahnya dengan sekolah ialah 15 kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan untuk membayar yuran dan bayaran bulanan bas sekolah. Semasa berada di rumah Datin Maziah. dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar.
 
e.     Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap keluarga. Apabila AZfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah Datin Maziah, dia keberatan untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia berasa rindu akan pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Azfa Hanani juga menyatakan persaan rindunya kepada Tengku Mazran dan Syafinaz.
 
f.     Azfa Hanani merupakan seorang yang pasrah dan reda dalam menerima takdir. Semasa hidup di kampung bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan sekalah akibat kesempitan hidup. Semasa di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima apa-apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah mendapat tahu dia menyamar sebagai Tengku Murni.
 
g.     Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Namun oleh sebab keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam  buku-buku rujukan di perpustakaan. Ekoran tindakannya, dia sanggup menanggung risiko tindakan disiplin ke atasnya setelah kehilangan buku di perpustakaan disedari oleh guru.
 
h.     Azfa Hanani sentiasa merendah diri. Dia selalu ingat bahawa dia daripada keluarga yang miskin. Walaupun berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Selain itu, kawan-kawan sekelasnya memuji suaranya yang lunak. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Dia telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja peringkat negeri. Namun dia menganggap kejayaan itu ialah kejayaan kumpulannya.
 
EKRAN
a.   Ekran merupakan kawan Azfa Hanani di Sekolah Mnengah Taman Sari. Dia juga Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut. Ibu dan bapanya merupakan pensyarah universiti yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya, dia tinggal dengan datuknya.
 
b.   Ekran juga merupakan kawan istimewa Tengku Murni. Hubungan mereka putus setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga berkawan rapat dengan Azfa Hanani namun sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar.
 
c.    Ekran digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita tersebut. Selepas peperiksaan SRP dia tidak belajar dalam aliran sains di Tingkatan Emapat. Dia sebaliknya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata pelajaran Akaun.
 
d.   Ekran merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan dan disegani. Sikap ini terbukti apabila tidak ada sesiapa yang mencabar Ekran semasa pemilihannya sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Dia juga berjaya melaksanakan projek Hari Sumbangsih dengan jayanya sehingga kutipan yang diterima lebih daripada yang dijangkakan. Dalam melaksanakan program itu, Ekran berjaya merancang dan membahagikan tugas dengan baik.
 
e.    Ekran seorang yang tabah. Sikap ini terserlah apabila dia tabah menerima perpisahannya dengan Tengku Murni setellah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Perpisahan itu ialah perpisahan selama-lamanya apabila Tengku Murni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia juga tabah apabila sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalin hubungan dengan Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Selain itu dia tidak bertindak balas apabila gerai burgernya dibakar. 
 
f.    Ekran bijak membahgikan masa dan mengisi masanya dengan aktiviti yang berfaedah. Setelah tamat waktu persekolahannya. dia terus membuka gerai burgernya. Dia akan menutup gerai burgernya menjelang petang. Pada waktu malam pula dia akan belajar dan mengulang kaji pelajaran.
 
TENGKU MURNI
a.   Tengku Murni ialah anak kepada Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Adik kepada Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar. Berusia 16 tahun semasa dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kawan dan sepupu kepada Tengku Ellina. Wajahnya seiras dengan AZfa Hanani.
 
b.   Tengku Murni seorang yang taat akan ibunya. Dia akan mengikut apa-apa sahaja kata ibunya tanpa membantah. Sifat inilah yang membezakan watak Tengku Murni dengan Azfa Hanani yang menyebabkan Datin Maziah dapat meneka bahawa Azfa Hanani bukanlah anaknya Tengku Murni.
 
c.     Tengku Murni seorang yang manja dengan ibunya. Dia akan duduk di samping ibunya semasa menonton telenisyen. Datin Maziah juga akan mengucup dahinya setelah dia pulang dari sekolah atau dari tempat lain. Tengku Murni akan merengek kepada Datin Maziah untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya.
 
d.   Tengku Murni seorang yang peramah dan mudah mesra. Dia disenangi oleh semua pelajar di sekolah. Dia mesra dengan semua pelajar terutamanya pelajar sekelasnya. Sifat inilah yang menonjolkan dirinya berbanding dengan kawan-kawan yang lain sehingga menimbulkan rasa kurang senang Laili, Fuziana dan Syafikah.

 

 PLOT...


Pada peringkat permulaan dalam novel ini, pengarang telah memperkenalkan watak utama, iaitu Azfa Hanani yang berada di sekolah. Dia berasa takut apabila kawan-kawannya memberitahu bahawa pelajar yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikanel pasti oleg guru. Pelajar berkenaan akan ditangkap tidak lama lagi. Dalam ketakutan itu Azfa Hanani pasrah dengan  apa-apa yang bakal berlaku serta tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya.  Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz menjadi penyelamat bagi Azfa Hanani. Wajahnya yang seiras dengan Tengku Murni yang telah meninggal dunia menyebabkan Tengku Mazran meminta pertolongannya. Dia diminta menyamar sebagai Tengku Murni untuk menenangkan perasaan Datin Maziah yang terlalu sayang akan anaknya. Azfa Hanani menerima permintaan itu untuk menyelesaikan masalahnya di sekolah dan juga meringankan beban pak longnya yang hidup dalam kesempitan.
 
...........Plot beralih ke peringkat perkembangan apabila Tengku Mazran membawa Azfa Hanani bermalam di hotel di Kuala Lumpur. Azfa Hanani diajar tentang watak dan perwatakan Tengku Murni utuk ditiru dan dihayati oleh Azfa Hanani. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani telah menghadapi beberapa konflik. Pertama ialah konflik identiti kerana Azfa Hanani tidak suka menggunakan pengenalan orang lain. Namun dia terpaksa menggunakan identiti Tengku Murni di hadapan Datin Maziah. Dia juga rasa terhina dengan kata-kata Tengku Muzaffar semasa dia mula-mula sampai di rumah itu menyebabkan tekanan perasaannya bertambah.
 
............Azfa Hanani juga menghadapi konflik di sekolah. Dia berhadapan dengan Laili, Fuziana, dan Syafikah yang bersaing secara tidak sihat dengannya. Atas nasihat Tengku Ellina, dia dapat menguasai perasaan dan keadaan walaupun dia pernah diperli dan diugut oleh Laili. Azfa Hanani seterusnya berkonflik dengan dirinya apabila kawannya, Ekaran tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya setelah terserempak dengan Tengku Muzaffar. Sikap Ekran membuatkan Azfa Hanani berusaha untuk mencungkil rahsiah Tengku Murni. Apabila berkesempatan untuk bertemu dengan Ekran, Azfa Hanani dijelaskan tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar. Tengku Murni dan Ekran bergaduh. Tengku Murni menemui ajal pada hari itu juga.
 
............Peringkat kemuncak atau klimaks plot novel ini bermula apabila Azfa Hanani mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu diketahui oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah.

............Peringkat antiklimaks plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah Datin Maziah. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz kemudiannya datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta maaf daripada Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah dan megetahui latar belakang Ekran yang sebenarnya.    


 
LATAR...

LATAR TEMPAT
·      Sekolah Menengah Sri Dian. Tempat Azfa Hanani bersekolah di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Jaraknya lima belas kilometer dari rumah Azfa Hanani dan dia berulang-alik menaiki bas sekolah. Antara peristiwa penting yang berlaku di tempat ini ilah peristiwa ketakutan Azfa Hanani kerana dia telah mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke sekolah ini untuk berjumpa dan membawa Azfa Hanani ke rumah Datin Maziah untuk menyamar sebagai Tengku Murni, anak kepada Datin Maziah yang telah meninggal dunia.
 
·      Rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Azfa Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Selepas itu, Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah untuk pertama kalinya semasa makan. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17. Azfa Hanani membuka hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia terkejut kerana mendapati barang-barang kepunyaan Tengku Murni. Di sisni juga Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Azfa Hanani setelah dia mendengar pertengkaran Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga.
 
·      Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani bersekolah di sini setelah berpindah ke rumah Datin Maziah  di Kuala Lumpur. Azfa Hanani berkenalan dengan sepupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina selain Ekran, kawan lelaki istimewa Tengku Murni. Azfa Hanani juga megenali pesaing Tengku Murni, iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Azfa Hanani menerima ugutan daripada Laili kerana enggan menyertai Laili sebagai pengacara pada Malam Bakat Sumbangsih. Peristiwa yang paling penting ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran. Azfa Hanani mahu mengetahui kisah sebenar si sebalik beg duit dan kad pengenalan yang diberikan oleh Ekran. Ekran menjelaskan hubungannya dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar.
 
·      Rumah pak long Azfa Hanani di Kampung Merpati. Tempat Azfa Hanani tinggal sebelum dibawa ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke rumah ini untuk menjemput Azfa Hanani. Pada bahagian akhir cerita, sekali lagi Tengku Mazran dan Syafinaz bersama Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke sini. Mereka meminta maaf kerana Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga menjelaskan tentang kematian ayah dan ibu Azfa Hanani berpunca daripadanya yang memandu dalam keadaan mengantuk. Mereka juga meminta Azfa Hanani kembali ke rumah mereka di Kuala Lumpur.
 
LATAR MASA
·      Peristiwa dalam novel Azfa Hanani berlaku dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja menjelang peperiksaan SPM yang akan diduduki oleh Azfa Hanani.
 
·      Waktu pagi. Antaranya ialah kehadiran Azfa Hanani di Sekolah Mnengah Taman Sari sebagai pelajar baharu. Pada hari pertama dia di sekolah itu, dia tidak sempat berkenalan dengan rakan sekelas kerana terlewat masuk ke kelas akibat urusan pelar yang mengambil masa yang lama. Azfa Hanani masuk ke kelas pada pagi yang berikutnya dan berkenalan dengan rakan sekelasnya iaitu Tengku Ellina. Pada waktu pagi juga Azfa Hanani datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk menghadiri mensyuarat sambutan Hari Sumbangsih.
 
·      Waktu petang. Pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran semasa Azfa Hanani pergi mendaftar kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Azfa Hanani bertemu Ekran secara tidak sengaja apabila dia ingin bertanyakan lokasi perhentian teksi. Azfa Hanani juga berjumpa Ekran pada petang yang lain. Selepas Ekran menutup gerainya, mereka berjalan menuju ke pesta buku. Peristiwa penting yang lain ialah kedatangan pak longnya ke rumah Datin Maziah setelah tiba dari Jakarta untuk merawat Zuraini yang lumpuh. Pak long Azfa Hanani dapat berjumpa dan berbual dengan Datuk Tengku Makmur. Daripada pertemuan itulah Datuk Tengku Makmur mendapat tahu bahawa  Azfa Hanani ialah anak kepada mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal dunia akibat kelalaiannya.
 
·      Waktu malam. Azfa Hanani membuka hadiah hari jadi pada waktu malam. Tengku Muzaffar masuk ke bilik dan    mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Pengajaran menganggu apabila eletrik terputus. Selepas itu, Azfa Hanani kembali membuka hadiah yang diterima daripada Ekran. Peristiwa yang menjadi klimaks cerita dalam novel ini juga terjadi pada waktu malam. Azfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Berlaku pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga.
 
LATAR MASYARAKAT
·      Masyarakat yang miskin. Pak long sekeluarga termasuk Azfa Hanani merupakan masyarakat Melayu yang hidup di kampung dalam keadaan miskin. Pak long merupakan penoreh getah yang tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga termasuk perbelanjaan persekolahan Azfa Hanani. Mereka tinggal di rumah yang dibina daripada buluh dan beratapkan rumbia. Mereka jarang bersarapan dengan makanan yang berkhasiat.
 
·      Masyarakat yang kaya dan hidup mewah. Keluarga Datuk Tengku Makmur hidup mewah di rumag banglo. Azfa Hanani berasa seperti rusa masuk kampung apabila sampai di rumah Datuk Tengku Makmur. Rumah mereka dihiasi dengan perabot yang mahal. Bilik Tengku Murni luas dan terrdapat katil cantik di tengah ruang.
 
·      Masyarakat pelajar sekolah menengah. Watak Azfa Hanani merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Antara rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin. Tengku Murni pula merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani berpindah ke sekolah tersebut apabila dia dibawa oleh Tengku Mazran ke rumah Datuk Tengku Makmur. Antara pelajar yang menjadi rakan Azfa Hanani di sekolah ini ialah Tengku Ellina yang merupakan sepupu Tengku Murni dan Ekran. Selain itu, pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana, dan Syafikah. mereka merupakan pelajar Tingkatan Lima.
 
·      Masyarakat yang sanggup berkorban demi kepentingan orang lain. Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang sudah meninggal dunia untuk mengawal tekanan perasaan Datin Maziah. Selain itu Ekran juga berkorban dengan memutuskan hubungan dengan Tengku Murni apabila Tennku Muzaffar tidak membenarkan hubungan tersebut kerana beranggapan dia orang miskin.
 
·      Masyarakat yang sombong dan bongkak dengan kekayaan. Gambaran ini dapat diperhatikan melaui watak keluarga Datuk Tengku Makmur. Dia beranggapan bahawa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah apabila Azfa Hanani memanggilnya papa. Dia memberikan wang upah kepada Azfa Hanani. Begitu juga dengan Tengku Muzaffar. Dia mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani dan menganggap Azfa Hanani ingin hidup mewah. Dia juga menghalang perhubungan Ekran dengan Tengku murni kerana menganggap Ekran miskin dan tidak setaraf dengan keluarga mereka.
 
·      Masyarakat yang penyayang. Azfa Hanani keberatan untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi. Semasa berada di rumah Datin Maziah, dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Datin Maziah pula sayang akan anaknya Tengku Murni. Oleh sebab perasaan sayang yang mendalam, anak-anaknya tidak sanggup untuk memberitahunya bahawa Tengku Murni telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tindakan itu juga menunjukkan anak-anak Datin Maziah sayang akannya terutama Tengku Mazran yang berusaha mencari Azfa Hanani dan membawanya pulang.
 
·      Masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk menuntut ilmu. Azfa Hanani gigh belajar dan menuntut ilmu walaupun dia sedar dia miskin. Oleh sebab keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Demikian juga dengan Ekran yang berusaha gigih untuk belajar demi mencapai cita-citanya. Dia berlajar perakaunan di sekolah dan kemudiannya mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya itu dengan berniaga burger. Dia kan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
 
·      Masyarakat yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Ekran tabah apabila Tengku Murni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia tidak menunujukkan perubahan sikap walaupun dia kawan istimewa Tengku Murni. Dia juga tabah apabila sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalinkan hubungan dengan Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Azfa Hanani juga tabah menghadapi dugaan hidup dengan tekanan kemiskinan  sehingga dia tidak dapat membeli buku rujukan. Dia tidak pernah merungut dengan nasibnya.


 
TEKNIK PLOT...
 
Imbas kembali digunakan oleh pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog watak. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin Maziah koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas kembali oleh Datuk Tengku Makmur semasa bertemu dengan pak long Azfa Hanani. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kelalaian Datuk Tengku Makmur yang memandu dalam keadaan mengantuk menyebabkan teksi yang ditumpangi oleh ibu bapa Azfa Hanani terbabas.
 
Imbas muka melalui watak Azfa Hanani. Semasa di Sekolah Menengah  Sri Dian. Azfa Hanani beberapa kali telah membayangkan perkara yang akan berlaku kepada dirinya pada masa hadapan. Akibat perbuatannya mencuri guna buku-buku rujukan dari perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Semsa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik pengetua, Azfa Hanani membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Semasa di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia menyamarannya akan terbongakar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
 
Kejutan. Kejutan pertama ialah kedatangan tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani berada di Sekolah Menengah Sri Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani seterusnya terkejut apabila dia diminta menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah meninggal dunia dengan segala kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan untuk sepupunya yang lumpuh. Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara diam-diam. Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta menghalaunya keluar dari rumah pada malam itu juga. Kejutan yang berikutnya ialah kedatangan Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke ruumah pak long Azfa  Hanani selepas Azfa Hanani dihalau dari rumah mereka.
 
Suspens. Pembaca dan Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semsa Ekran dan Azfa Hanani berjalan ke pesta buku. Selain itu, pembaca dan Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan Tengku Murni. Azfa Hanani tertanya-tanya tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.  Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani ingin bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
 
Pemerian. Dengan menggunakan sudut pandangan orang pertama bercerita, iaitu ganti nama 'aku', pengarang menceritakan segala tindakan dan perasaan watak utama, iaitu Azfa Hanani. Dalam bab pertama pengarang menceritakan perasaan Azfa Hanani apabila kawan-kawannya menceritakan bahawa pelajar yang mencuri buku rujukan di perpustakaan akan ditangkap. Pencuri itu akan digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani berasa takut. Contoh pemerian yang lain ialah pemerian tentang suasana hari pertama Azfa Hanani masuk ke kelas di sekolah baharu. Dia berasa rendah diri terutamanya semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Dialog. Contohnya melalui dialog antara Azfa Hanani dengan Syafinaz telah banyak menggambarkan perwatakan Tengku Murni yang sebenar. Syafinaz menjelaskan perwatakan Tengku Murni kepada Azfa Hanani supaya Azfa Hanani lebih mudah melakonkannya di hadapan Datin Maziah. Dialog antara Azfa Hanani dengan semua orang dan peramah. Selain itu, Azfa Hanani juga mengetahui tentang Ekran melalui Tengku Ellina.
 
Monolog dalaman. Azfa Hanani bermonolog setelah mendengar kata-kata kawannya tentang pencuri buku rujukan perpustakaan. Azfa Hanani telah mengakui bahawa dialah yang mencuri buku-buku berkenaan kerana dia hidup dalam keadaan daif dan tidak mampu untuk membeli buku rujukan.
 
Monolog. Azfa Hanani menilik wajahnya di hadapan cermin di bilik Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Dia terpegun degan gayanya sendiri apabila dia memakai pakaian seragam pengawas yang dipinjamkan oleh Tengku Ellina kepadanya.

 Nilai
·         Kasih Sayang,iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak.Contohnya,kasih sayang antara Datin Marziah dengan anaknya Tengku Murni sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan adik-beradik Tengku Murni  yang lain.Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya untuk mengelakkan Datin Marziah daripada mengalami tekanan persaan jika dia tahu Tengku Murni telah tiada.
 
·         Kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini melalui watak Azfa Hanani bersama kawan-kawannya di sekolah.Mereka bekerjasama dalam satu kumpulan di bawah kepimpinan Ekran untuk menjayakan Hari Sumbangsih. Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diagihkan oleh Ekran deang baik.Tengku Ellina dan Azfa Hanani juga bekerjasama dalam mencapai kejayaan sebagai johan pertandingan forum remaja.Tengku Ellina banyak memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada Azfa Hanani sebagai pengerusi forum.
 
·         Bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan.Contohnya,Azfa Hanani secara jujur mengakui pada dirinya bahawa dialah mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakaan sekolah.Dia sanggup menerima apa-apa sahaja hukuman yang akan dikenakan terhadapnya.Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani.Atas kesedaran itulah Datuk Tengku Makmur berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
 
·         Memaafkan kesalahan orang lain.Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kesalahan mereka semasa berada di perpustakaan sekolah.Azfa Hanani memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya.Selain itu,Azfa Hanani memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.
 
·         Kepatuhan anak kepada ibu bapa.Contohnya,Ekran patuh akan arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan.Oleh yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada ibi bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman.Tengku Murni juaga seorang yang taat akan perintah ibunya.Dia tidak pernah membantah apa-apa permintaan atau arahan Datin Maziah.
 
·         Baik Hati.Digambarkan melalui watak Tengku Mazran dan Syafinaz.Setelah Azfa Hanani sanggup memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni,mereka memberi bantuan kepada paklong Azfa Hanani.Selain menanggung segala perbelajaan Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh.Mereka menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan.Mereka juga menyambung talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa Hanani dapat selalu berhubung dengan keluarganya.
 
·         Ketekunan.Azfa Hanani tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang dokto.Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan,dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca.Demikian juaga dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan.Dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai menjual burger.Dia akan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
 
·         Merendah diri.Walaupun Azfa Hanani berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni,dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin.Selain itu,dia tidak berasa megah dengan pujian kawan-kawannya yang mengatakan bahawa suaranya lunak dan sesuai untuk menjadi seorang pengacara.Ekran pula merendah diri dan tidak menjelaskan kepada Tengku Muzaffar bahawa dia ank pensyarah semasa dia dihalang daripada menjalinkan hubungan dengan Tengku Murni.

 
Pengajaran
·         Kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan.Contohnya,Azfa Hanani mengaku bahawa dialah mencuri beberapa buku rujukan di perpustakaan sekolah.Dia telah bersedia untuk menerima apa-apa hukuman.Begitu juga Fuziana dan Syafikah.Mereka mengaku bersalah dan meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laili untuk memusuhi dan bersikap kasar terhadap Azfa Hanani.Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
 
·         Kita hendakalah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contohnya Azfa Hanani tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan,dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca.Demikian juaga dengan Ekran yang gigih untuk mencapai cita-cita sebagai akauantan.Dia melakukan latihan peraktikal dengan membuka gerai burger.Dengan cara itu dia percaya dia akan lebih memahami tentang ilmu perakaunan.
 
·         Kita hendaklah sanggup berkorban untuk menyelamatkan keadaan orang lain.Contohnya,Azfa Hanani sedia mengorbankan persekolahannya akibat kemiskinan pak longnya.Dia sanggup diberhentikan persekolahan kerana wang itu perlu digunakan untuk tujuan yang lebih penting,iaitu merawat Zuraini yang lumpuh.Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamatkan Datin Marziah daripada tekanan perasaan.Dia mengorbankan prinsipnya untuk tidak bersikap hipokrit.
 
·         Kita hendaklah meghindari sikap sombong yang boleh menjatukan maruah orang lain.Contohnya,Tengku Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan peraaan sebenar Azfa Hanani.Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong terhadap Azfa Hanani dengan memberikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni sedangkan Azfa Hanani tidak berniat untuk menerima upah atas tindakannya.Tengku Muzaffar juga bersikap sombong dengan menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana menganggap Ekran anak orang miskin dan tidak ada masa depan.
 
·         Kita hendaklah sedia membantu golongan yang susah.Contohnya,Tengku Mazlan dan Syafinaz membantu keluarga Azfa Hanani.Setelah Azfa Hanani sanggup memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni,mereka memberikan bantuan kepada pak long Azfa Hanani sehingga sepupu Azfa Hanani pulih.
 
·         Kita hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain.Contohnya,Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka.Azfa Hanani juga dengan senang hati memaafkan kesalahan Datuk Tengku Muzaffar yang menyebabkan kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya.Azfa Hanani juaga memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.










Watch & Download BTS MAP OF THE SOUL ON:E CONCERT DVD for FREE

  BTS MAP OF THE SOUL ON:E CONCERT DVD DVD CONTENTS :- DISC 1 :  MOTS ON:E Concert - part 1 DISC 2 : MOTS ON:E Concert - part 2 Day-2 All Me...