INI adalah sebuah kisah benar yang berlaku di
Singapura. Kisah mengenai seorang murid bernama Adam Khoo. Adam Khoo ialah
seoarang murid sekolah rendah yang lembap. Menurut Adam, sejak hari pertama persekolahan lagi,
dia sudah merasakan dirinya seorang murid yang gagal. Adam langsung tidak suka
membaca buku pelajaran. Adam hanya ketagih bermain video game dan menonton tv.
Semasa di dalam kelas, Adam langsung tidak menumpukan
perhatian. Hasilnya, Adam selalu gagal dalam ujian. Oleh kerana selalu gagal,
akhirnya timbul rasa benci Adam terhadap sekolah, guru, dan juga pelajaran.
Lebih memburukkan keadaan, semasa di tahun 3, Adam
telah dibuanag sekolah. Adam mempunyai masalah disiplin yang sangat teruk. Akhirnya
Adam telah dimasukkan ke sekolah baru.
Adakah Adam akan berubah di sekolah baru? Jangan harap!
Adam masih juga tidak berubah. Adam tetap bersikap negetif dan malas belajar. Semasa
keputusan ujian PLSE (sama dengan UPSR) keputusan ujian Adam sangat
mendukacitakan. Adam pernah dibuang sekolah kerana masalah disiplin
dan prestasi akademik yang teruk, hingga tidak ada satu sekolah menengah pun
yang ingin menerima Adam. Ibu bapa Adam sangat risau dan kecewa dengan nasib
Adam. Mereka berusaha memohon masuk ke 6 buah sekolah menengah yang berlainan. Malangnya,
tidak ada satu pun yang sudi menerima Adam.
Akhirnya, mujurlah Adam diterima juga masuk ke sekolah
menengah. Ibu bapa Adam berasa sungguh lega dan gembira. Harapan mereka agar
Adam belajar dari kesilapannya dan akan berubah semasa di sekolah menengah itu
nanti.
*ADAM DI
SEKOLAH MENENGAH*
Sikap Adam masih tidak berubah. Prestasi akademiknya
tetap di tahap yang lama. Adam sangat lemah dalam subjek matematik. Semasa di
tingkatan satu, pernah satu ketika guru matematik menghubungi ibunya. Guru tersebut
hairan mengapa Adam sangat lemah dalam subjek matematik. Walaupun sudah berada
di tingkatan satu. Adam tidak dapat menyelesaikan msalah matematik darjah 4. Ia
sungguh memalukan.
Adam juga mengakui, dari 8 subjek yang diambilnya,
beliau hanya lulus 4 subjek sahaja. Pada waktu itu, ‘cukup makan’ sudah dikira amat baik buat
Adam. Markah ujiannya hanya sekitar 45% hingga 55% sahaja. Malah, daripada
keseluruhan pelajar yang berjumlah 160 orang, Adam merupakan 10 yang terakhir.
Ibu bapa Adam panic dan bimbang dengan perkembangan
Adam. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menghantar Adam ke kelas
tuisyen. Malangnya, usaha mereka langsung tidak menampakkan hasil.
Ibu bapa Adam masih tidak berputus asa. Kali ini
mereka membuat keputusan untuk menghantar Adam belajar ke luar negara. Pada pendapat
mereka, sekiranya Adam masih belajar di Singapura, dia akan terus ketinggalan. Masa
depannyaakan gelap. Berita tersebut sampai ke telinga Adam. Adam membantah
sekerasnya keputusan itu. Adam tidak mahu belajar di luar negara.
Pada suatu hari, ibu bapa Adam membuat keputusan untuk
mendaftarkan Adam bagi mengikuti sebuah kem motivasi sebagai usaha terakhir
mereka. Jika Adam masih tidak berubah, dia akan dihantar ke luar negara. Adakah
Adam Berjaya diubah dan berubah setelah ke kem motivasi?
*ADAM
SELEPAS KE KEM MOTIVASI*
Selepas 5 hari berhempas pulas di kem motivasi, Adam
akhirnya berubah. Ibu bapa Adam gembira bukan kepalang. Adam kini bukanlah
seperti Adam yang dahulunya bermasalah dan tidak bermotivasi. Adam benar-benar
sudah berubah. Ibu bapa Adam bagai bermimpi. Pada pendapat meraka, apa yang
berlaku kepada Adam adalah satu keajaiban.
Adam kini adalah Adam yang baharu. Adam memiliki
kepercayaan, semangat dan azam yang baharu. Adam kini telah menetapkan matlamat
yang sungguh tinggi untik dicapainya. Berikut adalah 3 matlamat utama Adam
iaitu:
1.
Adam ingin
menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
2. Adam ingin masuk ke Victoria Junior College (kolej
yang terkenal dan ternama di Singapura)
3. Adam ingin masuk ke National University Of Singapore
(sebuah universiti yang terkenal dan popular di Singapura)
Adam begitu bersemangat untuk
mengejar matlamat dan impiannya. Adam yang sebelum ini murid lembap dan
bermasalah kini bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar genius dan cemerlang
di sekolahnya. Adam bersusah payah membuat dan menampal poster di dinding bilik
tidurnya untuk mengingatkan dirinya tentang 3 matlamat utama yang ingin dicapai
itu.
Setiap hari Adam akan berlajar
bersungguh-sungguh. Adam mengamalkan segala ilmu dan kemahiran yang telah
dipelajarinya semasa di kem motivasi. Adam tidak jemu-jemu membuat peta minda,
mengamalkan tekniksuper memori, teknik membaca laji dan lain-lain. Mujurlah dia
mempelajari teknik memotivasikan diri sendiri dan teknik melawan sifat
bertangguh semasa di kem motivasi.
Adam mengamalkan teknik-teknik
yang dipelajarinya itu untuk kekal bersemangat dan bermotivasi. Kawan-kawan
Adam sangat hairan dengan berubahan Adam yang mendadak. Untuk mendapatkan
kepastian, mereka bertanya pada Adam rahsia perubahannya.
Dengan penuh yakin dan
bersemangat, Adam menjawab bahawa dia ingin menjadi seorang murid yang
cemerlang di sekolah mereka. Adam juga memberitahu kawan-kawannya dia kan ke Victoria
Junior College. Meraka terkedu dan terperanjat dengan jawapan selamba Adam. Mereka
berasa geli hati dengan cita-cita baharu Adam itu. Mereka memperlekehkan dan
mentertawakan Adam. Tidak cukup itu, mereka juga mengatakan bahawa Adam sudah
tidak siuman.
Peliknya, Adam langsung tidak
memarahi dan mengambil hati dengan sindiran dan kutukan pedas kawan-kawannya. Sebaliknya,
Adam kekal bersemangat. Kutukan pedas mereka benar-benar menambahkan motivasi Adam
untuk mencapai matlamatnya. Pada pendapat Adam, apa yang penting ialah usaha
yang bersungguh-sungguh. Dia akan buktikan kepada kawan-kawannya yang dia pasti
akan berjaya mencapai impiannya itu.
*USAHA ADAM MEMBUAHKAN HASIL*
TUHAN telah berfirman di dalam
surah al-Insyirah.
Maksudnya: “Sesunggunya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.”
Itulah yang telah berlaku
kepada Adam. Penat lelah dan kerja kerasnya telah pun membuahkan hasil.
Dalam masa 3 bulan sahaja,
markah Adam melonjak 52% - 70%. Kedudukan Adam di dalam aliran juga naik
mendadak. Daripada 10 tercorot, Adam menjadi antara 18 terbaik. Ini menyebabkan
keyakinannya semakin bertambah.
Dalam tempoh 1 tahun, Adam Berjaya
memperoleh 7A, walaupun hanya lulus 2 subjek sahaja sebelum ini. Adam juga
menjadi pelajar terbaik di sekolahnya.
Sepanjang 3 tahun di sekolah
tersebut, Adam berjaya menjadi pelajar yang paling cemerlang. Adam juga berjaya
mencipta sejarah. Beliau adalah pelajar pertama yang berjaya memasuki Victoria
Junior College.
*ADAM CEMERLANG DI KOLEJ & UNIVERSITI*
Adam terus mengamalkan formula
belajarnya semasa di kolej. Sewaktu keputusan peperiksaan A Level diumumkan
(SPM) Adam sekali lagi mendapat keputusan yang cemerlang dan melayakkan dirinya
untuk melanjutkan pelajaran ke National University Of Singapore (NUS).
Adam mengekalkan sifat
positifnya dan kekal cemerlang. Malah beliau sering kali menerima anugerah
dekan sepanjang pengajiannya. Adam juga berjaya menjadi salah seorang pelajar
yang paling cemerlang di university tersebut.
*ADAM CEMERLANG DI LUAR BILIK DARJAH*
Sebenarnya, di kolej lagi,
Adam sudah menyimpan cita-cita dan mencabar dirinya untuk menjadi jutawan muda.
Semasa berusia 15 tahun, Adam memberanikan diri memulakan perniagaan
pertamanya.
Walaupun sibuk belajar dan
membuat persediaan O’Level
(PMR) Adam mengisi masa terluangnya untuk member ceramah motivasi di
sekolah-sekolah sekitar Singapura.
Di university, Adam mengambil
keputusan untuk berkongsi formula kejayaanya. Untuk tujuan itu, beliau menulis
buku pertamanya yang bertajuk ‘I Am Gifted, So Are You!’(1998) dan menjadi buku terlaris di Singapura.
21 tahun, Adam memulakan
perniagaan yang kedua pula iaitu pusat latihan dan perundingan. Setahun selepas
itu, Adam membuka perniaagan ketiganya, perniagaan berkaitan pelaburan hartanah
dan ekuiti.
Selepas 2 tahun menamatkan
pengajiannya di university, Adam Berjaya mengumpul asset bernilai 1.2 juta
Dolar Sinagpura. Adam hanya berusia 26 tahun ketika itu. Malah, 2 daripada 3
perniagaannya telah berjaya. Adam dibayar $2000 Dolar Sinagpura hanya untuk 1
jam berceramah.
*APAKAH RAHSIA PERUBAHAN ADAM*
Semasa di kem motivasi, para
jurulatih telah berjaya mengubah kepercayaan Adam. Keajaiban yang
berlaku pada dirinya berpunca daripada kepercayaan barunya. Kepercayaan sangat
berkuasa. Ia mampu menukar Impossible kepada
Possible. Jika kita fikirkan boleh,
maka kita pasti akan boleh berjaya.
“Perkara pertama dan paling penting yang saya belajar semasa di kem
motivasi ialah, hebatnya kuasa percaya!
Ia ibarat suis yang akan membuka atau menutup kehebatan dan kemampuan sebenar
otak kita. Kepercayaan saya yang salah sebelum ini sebenarnya menyekat saya
daripada menjadi murid genius dan cemerlang.”
Begitulah kata-kata azimat
Adam dalam buku ke-4nya yang bertajuk ‘Master Your Mind, Design Your Destiny’.
No comments:
Post a Comment