Biodata Pengarang...
Halis Azhan MOHD. Hanafiah dilahirkan
di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Januari 1970. Beliau memperoleh
pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan dan Sekolah
Menengah Sains Machang, Kelantan
Beliau memperoleh B. ED. TESL. (Hons.)
daripada UKM dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada UPM.
Kini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah kursus Penilaian Kreatif di Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Antara novel beliau ialah Konflik,
Krisis, Arif, Cinta Gadis Nadia, Biduk Berlalu, Erni Aflina dan seperti Sejalur
Pelangi. Tiga buah antologi cerpen remaja beliau ialah Dunia Kecil Kami,
Terjerat dalam Belenggu, dan Cerita pada Hari Valentine.
Antara anugerah yang dimenangi
ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1988-1994 dan
1991-1994, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil - DBP 1998, dan Hadiah
Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.
INTISARI BAB...
Takut:
Ketika rakan-rakannya
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut
sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan.
Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya
"meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk
membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya
mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan
keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu
menemuinya.
Siapa Mereka?:
Di bilik pengetua, terdapat
tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah
Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja
yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan
Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan
ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni.
Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai
Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.
Datin Maziah tidak dapat menerima
hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh
anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka
bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi
menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran
itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan
mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.
Kerana Terdesak:
Tengku Mazran dan Syafinaz
yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long
untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang
tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang
menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin
Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka
berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di
Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi
tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk
membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani
mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak
longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir,
sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang
sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja
pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup.
Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan,
akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.
Seawal Kehadiran:
Di Hotel Universe, Tengku
Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul
dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke
bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk
Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata
menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika
itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa
bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang
pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani
dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan
Syafinaz.
Sebagai Murid Baharu:
Azfa Hanani dihantar
belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan
saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan
rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh'
Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor.
Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad
ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.
Imbalan Budi:
Sekembalinya Azfa Hanani
dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama
dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu.
Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak
Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani
bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang
dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani
menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi
Tengku Murni.
Tengku Datuk Makmur datang
menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa
Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak
menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima
wang itu demi membantu pak long di kampung.
Kerenah Laili:
Azfa Hanani ke sekolah
untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan
projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan
terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul
wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya
terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana
tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut
mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan
Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui
undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan
seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.
Tertanya-tanya:
Azfa Hanani tertanya-tanya
mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu
kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual
burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan
kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa
Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa
Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II,
jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik
kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka
begitu marah.
Ekran:
Azfa Hanani mengikuti kelas
bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke
Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk
keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat
tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa
Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang
bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya
untuk menjadi akauntan.
Meluah Rasa:
Azfa Hanani meluahkan
perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia
hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak
manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai
Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia
juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.
Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan
Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang
lumpuh.
Bukan Dirancang:
Azfa Hanani tidak merancang
untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan
Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan
latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah
rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada
Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus
terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti
"abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan
menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina,
rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan
tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan
mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli
pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai
pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan
Forum Remaja.
Melulu:
Pertandingan Forum Remaja
yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa
Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani
mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas
ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak
ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan
sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata
menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum
melangkah ke pertandingan Forum Remaja.
Hadiah Bererti
Pasukan yang
disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi
johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang
memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen.
Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk
Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni,
tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran
datang lewat lalu menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani
meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada
Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu
dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya
kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.
Misteri Yang Tersimpan
Misteri Yang Tersimpan
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya
peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di
kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya,
Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju
untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan
membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah
yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu
berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang,
beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.
Kunjungan Mengejut
Azfa Hanani menyuarakan hasratnya
kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada
menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani
pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada
mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat
pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani
terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini,
Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.
Hari Sumbangsih
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari.
Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi
pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena
Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih
akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil
kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak
Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya.
Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai
hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan
atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu,
dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.
Terusir
Azfa Hanani
masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni
dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teori fizik, Azfa Hanani berjaya
membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas
bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku
Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang
terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa
dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga
nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani
berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak
berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran
pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh
Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini
menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar
dari banglo itu.
Hakikat
Azfa Hanani
mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar menumpangkan Azfa Hanani
di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah
pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum
mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin
Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin
Maziah untuk menerima Azfa
Hanani kembali.
Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa
Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di
kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan
bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani
sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin
Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi
menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur
berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah
berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya
daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.
Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni
lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari
Sumbangsih telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fuziana
bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar
terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala
Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad
ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.
Novel ini
memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa
Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa
Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu
koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima
kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
Azfa Hanani yang
hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku
rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji
pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit
lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad
untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima
tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan
Zuraini.
Azfa Hanani
dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani
telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya
tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana
Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa
Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari.
Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran
dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak
menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah
dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa Hanani telah
membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang
terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang
Tengku Murni,Tengku Muzaffar
mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal
ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin
Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani
pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin
Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani
agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang
terjadi enam belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani
disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki
oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani
tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
Datin Maziah dan
Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa
Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di
banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran
sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya
miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
TEMA...
Novel Azfa Hanani
bertemakan kemasyarakatan, iaitu peranan dan tanggungjawab seorang gadis menyelamatkan seorang ibu dan
keluarga sendiri yang dibelenggu kemiskinan. Gadis yang dimaksudkan ialah
Azfa Hanani yang merupakan watak utama dalam novel. Dia merupakan anak yatim
piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia
dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang dipanggil pak long yang
merupakan penoreh getah. Dia mempunyai empat orang sepupu termasuk Zuraini yang
lumpuh. Kehidupan yang miskin membuatkan persekolah Azfa Hanani juga menjadi
sukar. Dia juga menanti hari dia akan diberhentikan sekolah kerana ketiadaan
belanja daripada pak longnya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mencuri
pinjam buku-buku dari perpustakaan sekolahnya. Kehilangan buku-buku itu
disedari oleh pihak perpustakaan. Azfa Hanani kemungkinan digantung persekolah
atau dibuang sekolah.
..............Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah
menyelamatkan keadaan. Azfa Hanani telah menerima tanggungjawab yang baharu
seperti diminta oleh Tengku Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa
masalah dapat diselesaikan. Dia dapat meringankan beban pak longnya menanggung
persekolahnnya. Selain itu dia juga dapat menolong pak longnya mengubati
Zuraini yang lumpuh. Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh Azfa
Hanani ilah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan perasaan setelah anak
kesayangannya meninggal dunia.
..............Setelah berada di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani dapat
meringankan beban pak longnya. Dia juga dapat bersekolah dengan baik tanpa
memikirkan akan diberhentikan persekolahan kerana kesuntukan wang. Sebagaimana
yang dijanjikan oleh Tengku Mazran, Zuraini telah dihantar menjalani rawatan di
Jakartasehinggalah dia dapat berjalan. Dia juga dapat mengatasi perasaan rindu
dan sayang Datin Maziah terhadap annaknya, Tengku Murni walaupun seketika.
Datin Maziah dapat mengesan perbezaan antara Azfa Hanani dengan anaknya Tenku
Murni. Namun dia diterima semula setelah keluarga Datiin Maziah mengetahui
bahawa Azfa Hanani pernah disusuinya seetelah ibu dan bapanya meninggal dunia
akibat daripada kecuaian Tengku Makmur semasa memandu.
1. Persoalan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga. Datin Maziah terlalu sayang akan anaknya, Tengku Murni
sehingga Tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa
Tengku Murni telah meninggal akibat kemalangan yang berlaku. Tengku Mazran amat
takut perasaan Datin Maziah terganggu.
Keadaan itulah yang menyebabkan dia meminta Azfa Hanani yang seiras dengan
Tengku Murni menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani juga sayang akan
keluarga pak longnya. Dia menyedari kedaifan pak longnya. Dia reda andainya dia
diberhentikan sekolah. Dia juga mengirimkan wang kepada pak longnya semasa
berada di rumah Datin Maziah.
2. Persoalan kemiskinan dan masalah hidup
masyarakat luar bandar. Pak long bekerja sebagai penoreh getah yang
mempunyai tanggungjawab yang besar. Selain itu dia juga mempunyai seorang anak
yang lumpuh. Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak
yang lumpuh menyebabkan belanja persekolah Azfa Hanani tertunggak. Mereka
tinggal di rumah yang berdinding buluh dan beratap nipah. Kekangan itu
menyebabkan pak long merancang untuk memberhentikan Azfa Hanani daripada persekolahan
walaupun Azfa Hanani merupakan salah seorang murid cemerlang. Kemiskinan juga
menyebabkan Azfa Hanani mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan.
3. Persoalan perbezaan darjat antara dua golongan
masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Persoalan ini
dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur.
Tengku Muzaffar telah menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran. Semasa
Azfa Hanani tinggal di rumah mereka, sekali lagi Tengku Muzaffar mengambil tindakan
yang sama menyebabkan Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Tengku
Muzaffar mengakui bahawa dia tidak mahu Tengku Murni dan Azfa Hanani berkawan
dengan Ekran yang miskin dan tidak mempunyai masa depan. Datuk Tengku Makmur
pula memberi upah kepada Azfa Hanani dan tindakan ini merupakan satu penghinaan
kepada golongan miskin.
4. Persoalan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar luar bandar. Azfa Hanani seorang pelajar yang cemerlang
semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tetapi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dia
hanya mendapat keputusan P7. Semasa belajar di sekolah baharu, iaitu di Sekolah
Menengah Taman Sari, dia menjadi bahan ejekan kerana tidak dapat bertutur dalam
bahasa Inggeris dengan baik. Semasa pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru
dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar.
Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar bahasa Inggeris di Pusat Lingua
Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.
AZFA HANANI
a. Berumur
17 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika
dia masih kecil dan dia dijaga serta dibesarkan oleh bapa saudaranya yang
merupakan penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Semasa di
Tingkatan Lima dia teleah bertukar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Dia mempunyai empat orang adik sepupu termasuk
seorang yang lumpuh iaitu, Zuraini.
b. Azfa
Hanani lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan SRP
dia hanya mendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semasa
belajar di Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan
tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawannya yang
lain dapat bertutur dengan lancar. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa
belajar bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca.
c. Azfa
Hanani prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat
diperhatikan daripada tindakannya yang memahami keadaan pak longnya yang
dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah
tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin
terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan
oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia thelah menerima permintaan Tengku
Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
d. Azfa
Hanani seorang yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. AZfa Hanani
memahami keadadan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah
setiap hari dengan menaiki bas. Jarak di antara rumahnya dengan sekolah ialah
15 kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang
biasiswanya digunakan untuk membayar yuran dan bayaran bulanan bas sekolah.
Semasa berada di rumah Datin Maziah. dia tabah menerima ejekan dan penghinaan
daripada Tengku Muzaffar.
e. Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap
keluarga. Apabila AZfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi
ke rumah Datin Maziah, dia keberatan untuk meninggalkan pak long sekeluarga.
Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah
Datin Maziah, dia berasa rindu akan pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis
surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Azfa Hanani juga menyatakan persaan
rindunya kepada Tengku Mazran dan Syafinaz.
f. Azfa
Hanani merupakan seorang yang pasrah dan reda dalam menerima takdir.
Semasa hidup di kampung bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan
bahawa dia akan diberhentikan sekalah akibat kesempitan hidup. Semasa di rumah
Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima apa-apa sahaja
kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah mendapat tahu dia menyamar
sebagai Tengku Murni.
g. Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha
untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk
membeli buku. Namun oleh sebab keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup
mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Ekoran tindakannya, dia
sanggup menanggung risiko tindakan disiplin ke atasnya setelah kehilangan buku
di perpustakaan disedari oleh guru.
h. Azfa Hanani sentiasa merendah diri. Dia
selalu ingat bahawa dia daripada keluarga yang miskin. Walaupun berada di rumah
Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya
sebagai seorang yang miskin. Selain itu, kawan-kawan sekelasnya memuji suaranya
yang lunak. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Dia telah
diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja peringkat
negeri. Namun dia menganggap kejayaan itu ialah kejayaan kumpulannya.
EKRAN
a. Ekran
merupakan kawan Azfa Hanani di Sekolah Mnengah Taman Sari. Dia juga Pengerusi
Persatuan Pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut. Ibu dan bapanya merupakan
pensyarah universiti yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran di
Amerika Syarikat. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya, dia tinggal dengan datuknya.
b. Ekran
juga merupakan kawan istimewa Tengku Murni. Hubungan mereka putus setelah
Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga berkawan rapat dengan
Azfa Hanani namun sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar.
c. Ekran
digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi
seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita
tersebut. Selepas peperiksaan SRP dia tidak belajar dalam aliran sains di
Tingkatan Emapat. Dia sebaliknya belajar di kelas aliran sains sosial kerana
terdapat mata pelajaran Akaun.
d. Ekran
merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan dan disegani. Sikap ini
terbukti apabila tidak ada sesiapa yang mencabar Ekran semasa pemilihannya
sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Dia juga berjaya
melaksanakan projek Hari Sumbangsih dengan jayanya sehingga kutipan yang
diterima lebih daripada yang dijangkakan. Dalam melaksanakan program itu, Ekran
berjaya merancang dan membahagikan tugas dengan baik.
e. Ekran seorang
yang tabah. Sikap ini terserlah apabila dia tabah menerima perpisahannya
dengan Tengku Murni setellah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka.
Perpisahan itu ialah perpisahan selama-lamanya apabila Tengku Murni meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia juga tabah apabila sekali lagi dia
dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalin hubungan dengan Azfa Hanani. Dia
hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Selain itu dia tidak bertindak
balas apabila gerai burgernya dibakar.
f. Ekran bijak
membahgikan masa dan mengisi masanya dengan aktiviti yang berfaedah.
Setelah tamat waktu persekolahannya. dia terus membuka gerai burgernya. Dia
akan menutup gerai burgernya menjelang petang. Pada waktu malam pula dia akan
belajar dan mengulang kaji pelajaran.
TENGKU MURNI
a. Tengku
Murni ialah anak kepada Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Adik kepada
Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar. Berusia 16 tahun semasa dia meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya. Kawan dan sepupu kepada Tengku Ellina. Wajahnya
seiras dengan AZfa Hanani.
b. Tengku
Murni seorang yang taat akan ibunya. Dia akan mengikut apa-apa sahaja
kata ibunya tanpa membantah. Sifat inilah yang membezakan watak Tengku Murni
dengan Azfa Hanani yang menyebabkan Datin Maziah dapat meneka bahawa Azfa
Hanani bukanlah anaknya Tengku Murni.
c. Tengku Murni seorang yang manja dengan
ibunya. Dia akan duduk di samping ibunya semasa menonton telenisyen. Datin
Maziah juga akan mengucup dahinya setelah dia pulang dari sekolah atau dari
tempat lain. Tengku Murni akan merengek kepada Datin Maziah untuk mendapatkan
sesuatu yang diingininya.
d. Tengku
Murni seorang yang peramah dan mudah mesra. Dia disenangi oleh semua
pelajar di sekolah. Dia mesra dengan semua pelajar terutamanya pelajar
sekelasnya. Sifat inilah yang menonjolkan dirinya berbanding dengan kawan-kawan
yang lain sehingga menimbulkan rasa kurang senang Laili, Fuziana dan Syafikah.
Pada peringkat permulaan
dalam novel ini, pengarang telah memperkenalkan watak utama, iaitu Azfa Hanani
yang berada di sekolah. Dia berasa takut apabila kawan-kawannya memberitahu
bahawa pelajar yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikanel
pasti oleg guru. Pelajar berkenaan akan ditangkap tidak lama lagi. Dalam
ketakutan itu Azfa Hanani pasrah dengan apa-apa yang bakal berlaku serta
tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya. Kedatangan Tengku Mazran dan
Syafinaz menjadi penyelamat bagi Azfa Hanani. Wajahnya yang seiras dengan
Tengku Murni yang telah meninggal dunia menyebabkan Tengku Mazran meminta
pertolongannya. Dia diminta menyamar sebagai Tengku Murni untuk menenangkan
perasaan Datin Maziah yang terlalu sayang akan anaknya. Azfa Hanani menerima
permintaan itu untuk menyelesaikan masalahnya di sekolah dan juga meringankan
beban pak longnya yang hidup dalam kesempitan.
...........Plot
beralih ke peringkat
perkembangan apabila Tengku Mazran membawa Azfa Hanani bermalam di hotel
di Kuala Lumpur. Azfa Hanani diajar tentang watak dan perwatakan Tengku Murni
utuk ditiru dan dihayati oleh Azfa Hanani. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani
telah menghadapi beberapa konflik. Pertama ialah konflik identiti kerana Azfa
Hanani tidak suka menggunakan pengenalan orang lain. Namun dia terpaksa
menggunakan identiti Tengku Murni di hadapan Datin Maziah. Dia juga rasa
terhina dengan kata-kata Tengku Muzaffar semasa dia mula-mula sampai di rumah
itu menyebabkan tekanan perasaannya bertambah.
............Azfa Hanani juga menghadapi konflik di sekolah. Dia
berhadapan dengan Laili, Fuziana, dan Syafikah yang bersaing secara tidak sihat
dengannya. Atas nasihat Tengku Ellina, dia dapat menguasai perasaan dan keadaan
walaupun dia pernah diperli dan diugut oleh Laili. Azfa Hanani seterusnya
berkonflik dengan dirinya apabila kawannya, Ekaran tiba-tiba menjauhkan diri
daripadanya setelah terserempak dengan Tengku Muzaffar. Sikap Ekran membuatkan
Azfa Hanani berusaha untuk mencungkil rahsiah Tengku Murni. Apabila
berkesempatan untuk bertemu dengan Ekran, Azfa Hanani dijelaskan tentang
hubungan Ekran dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar. Tengku
Murni dan Ekran bergaduh. Tengku Murni menemui ajal pada hari itu juga.
............Peringkat
kemuncak atau klimaks plot novel ini bermula apabila Azfa Hanani
mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam di dalam diari Tengku Murni. Azfa
Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan
Tengku Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya
dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku
antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu diketahui oleh
Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah
amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari
rumah.
............Peringkat antiklimaks plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah Datin Maziah. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz kemudiannya datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta maaf daripada Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah dan megetahui latar belakang Ekran yang sebenarnya.
............Peringkat antiklimaks plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah Datin Maziah. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz kemudiannya datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta maaf daripada Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah dan megetahui latar belakang Ekran yang sebenarnya.
LATAR...
LATAR TEMPAT
· Sekolah Menengah
Sri Dian. Tempat Azfa Hanani
bersekolah di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Jaraknya lima belas kilometer
dari rumah Azfa Hanani dan dia berulang-alik menaiki bas sekolah. Antara
peristiwa penting yang berlaku di tempat ini ilah peristiwa ketakutan Azfa
Hanani kerana dia telah mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan.
Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke sekolah ini untuk berjumpa dan membawa
Azfa Hanani ke rumah Datin Maziah untuk menyamar sebagai Tengku Murni, anak
kepada Datin Maziah yang telah meninggal dunia.
· Rumah Datin Maziah
di Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang
berlaku di rumah ini. Azfa Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku
Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
Selepas itu, Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah untuk pertama kalinya
semasa makan. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17.
Azfa Hanani membuka hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia
terkejut kerana mendapati barang-barang kepunyaan Tengku Murni. Di sisni juga
Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Azfa Hanani setelah dia mendengar
pertengkaran Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani ditampar dan
dihalau pada malam itu juga.
· Sekolah Menengah
Taman Sari. Azfa Hanani bersekolah
di sini setelah berpindah ke rumah Datin Maziah
di Kuala Lumpur. Azfa Hanani berkenalan dengan sepupu Tengku Murni,
iaitu Tengku Ellina selain Ekran, kawan lelaki istimewa Tengku Murni. Azfa
Hanani juga megenali pesaing Tengku Murni, iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah.
Azfa Hanani menerima ugutan daripada Laili kerana enggan menyertai Laili
sebagai pengacara pada Malam Bakat Sumbangsih. Peristiwa yang paling penting
ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran. Azfa Hanani mahu mengetahui kisah
sebenar si sebalik beg duit dan kad pengenalan yang diberikan oleh Ekran. Ekran
menjelaskan hubungannya dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar.
· Rumah pak long
Azfa Hanani di Kampung Merpati. Tempat Azfa Hanani tinggal sebelum dibawa ke rumah Datin Maziah di Kuala
Lumpur. Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke rumah ini untuk menjemput Azfa
Hanani. Pada bahagian akhir cerita, sekali lagi Tengku Mazran dan Syafinaz
bersama Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke sini. Mereka meminta
maaf kerana Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga
menjelaskan tentang kematian ayah dan ibu Azfa Hanani berpunca daripadanya yang
memandu dalam keadaan mengantuk. Mereka juga meminta Azfa Hanani kembali ke
rumah mereka di Kuala Lumpur.
LATAR MASA
· Peristiwa dalam novel Azfa Hanani berlaku dalam tempoh
masa beberapa bulan sahaja menjelang peperiksaan SPM yang akan diduduki oleh
Azfa Hanani.
· Waktu pagi. Antaranya ialah kehadiran Azfa Hanani di Sekolah Mnengah
Taman Sari sebagai pelajar baharu. Pada hari pertama dia di sekolah itu, dia
tidak sempat berkenalan dengan rakan sekelas kerana terlewat masuk ke kelas
akibat urusan pelar yang mengambil masa yang lama. Azfa Hanani masuk ke kelas
pada pagi yang berikutnya dan berkenalan dengan rakan sekelasnya iaitu Tengku
Ellina. Pada waktu pagi juga Azfa Hanani datang ke sekolah pada hari Sabtu
untuk menghadiri mensyuarat sambutan Hari Sumbangsih.
· Waktu petang. Pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran semasa Azfa Hanani
pergi mendaftar kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Azfa Hanani bertemu
Ekran secara tidak sengaja apabila dia ingin bertanyakan lokasi perhentian
teksi. Azfa Hanani juga berjumpa Ekran pada petang yang lain. Selepas Ekran
menutup gerainya, mereka berjalan menuju ke pesta buku. Peristiwa penting yang
lain ialah kedatangan pak longnya ke rumah Datin Maziah setelah tiba dari
Jakarta untuk merawat Zuraini yang lumpuh. Pak long Azfa Hanani dapat berjumpa
dan berbual dengan Datuk Tengku Makmur. Daripada pertemuan itulah Datuk Tengku
Makmur mendapat tahu bahawa Azfa Hanani
ialah anak kepada mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal dunia akibat
kelalaiannya.
· Waktu malam. Azfa Hanani membuka hadiah hari jadi pada waktu malam.
Tengku Muzaffar masuk ke bilik dan
mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Pengajaran menganggu apabila
eletrik terputus. Selepas itu, Azfa Hanani kembali membuka hadiah yang diterima
daripada Ekran. Peristiwa yang menjadi klimaks cerita dalam novel ini juga
terjadi pada waktu malam. Azfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni.
Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Berlaku pertengkaran
sehingga didengar oleh Datin Maziah. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada
malam itu juga.
LATAR MASYARAKAT
· Masyarakat yang
miskin. Pak long sekeluarga
termasuk Azfa Hanani merupakan masyarakat Melayu yang hidup di kampung dalam
keadaan miskin. Pak long merupakan penoreh getah yang tidak mampu menanggung
perbelanjaan keluarga termasuk perbelanjaan persekolahan Azfa Hanani. Mereka tinggal
di rumah yang dibina daripada buluh dan beratapkan rumbia. Mereka jarang
bersarapan dengan makanan yang berkhasiat.
· Masyarakat yang
kaya dan hidup mewah. Keluarga Datuk Tengku
Makmur hidup mewah di rumag banglo. Azfa Hanani berasa seperti rusa masuk kampung
apabila sampai di rumah Datuk Tengku Makmur. Rumah mereka dihiasi dengan
perabot yang mahal. Bilik Tengku Murni luas dan terrdapat katil cantik di
tengah ruang.
· Masyarakat pelajar
sekolah menengah. Watak Azfa Hanani
merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri
Dian. Antara rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin. Tengku
Murni pula merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani
berpindah ke sekolah tersebut apabila dia dibawa oleh Tengku Mazran ke rumah
Datuk Tengku Makmur. Antara pelajar yang menjadi rakan Azfa Hanani di sekolah
ini ialah Tengku Ellina yang merupakan sepupu Tengku Murni dan Ekran. Selain
itu, pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana, dan Syafikah. mereka merupakan
pelajar Tingkatan Lima.
· Masyarakat yang
sanggup berkorban demi kepentingan orang lain. Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni yang sudah meninggal dunia untuk mengawal tekanan
perasaan Datin Maziah. Selain itu Ekran juga berkorban dengan memutuskan
hubungan dengan Tengku Murni apabila Tennku Muzaffar tidak membenarkan hubungan
tersebut kerana beranggapan dia orang miskin.
· Masyarakat yang
sombong dan bongkak dengan kekayaan. Gambaran ini dapat diperhatikan melaui watak keluarga
Datuk Tengku Makmur. Dia beranggapan bahawa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku
Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah apabila Azfa Hanani memanggilnya papa.
Dia memberikan wang upah kepada Azfa Hanani. Begitu juga dengan Tengku
Muzaffar. Dia mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani dan menganggap
Azfa Hanani ingin hidup mewah. Dia juga menghalang perhubungan Ekran dengan
Tengku murni kerana menganggap Ekran miskin dan tidak setaraf dengan keluarga
mereka.
· Masyarakat yang
penyayang. Azfa Hanani keberatan
untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap
pergi. Semasa berada di rumah Datin Maziah, dia telah menulis surat kepada
mereka untuk bertanya khabar. Datin Maziah pula sayang akan anaknya Tengku
Murni. Oleh sebab perasaan sayang yang mendalam, anak-anaknya tidak sanggup
untuk memberitahunya bahawa Tengku Murni telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya. Tindakan itu juga menunjukkan anak-anak Datin Maziah
sayang akannya terutama Tengku Mazran yang berusaha mencari Azfa Hanani dan
membawanya pulang.
· Masyarakat pelajar
yang gigih berusaha untuk menuntut ilmu. Azfa Hanani gigh belajar dan menuntut ilmu walaupun dia
sedar dia miskin. Oleh sebab keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup
mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Demikian juga dengan Ekran
yang berusaha gigih untuk belajar demi mencapai cita-citanya. Dia berlajar
perakaunan di sekolah dan kemudiannya mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya itu
dengan berniaga burger. Dia kan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
· Masyarakat yang
tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Ekran tabah apabila Tengku Murni meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia tidak menunujukkan perubahan sikap
walaupun dia kawan istimewa Tengku Murni. Dia juga tabah apabila sekali lagi
dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalinkan hubungan dengan Azfa
Hanani. Dia hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Azfa Hanani juga tabah
menghadapi dugaan hidup dengan tekanan kemiskinan sehingga dia tidak dapat membeli buku
rujukan. Dia tidak pernah merungut dengan nasibnya.
Imbas kembali digunakan oleh
pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog
watak. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya
kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin
Maziah koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas
kembali oleh Datuk Tengku Makmur semasa bertemu dengan pak long Azfa Hanani.
Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kelalaian Datuk Tengku
Makmur yang memandu dalam keadaan mengantuk menyebabkan teksi yang ditumpangi
oleh ibu bapa Azfa Hanani terbabas.
Imbas muka melalui watak Azfa
Hanani. Semasa di Sekolah Menengah Sri
Dian. Azfa Hanani beberapa kali telah membayangkan perkara yang akan berlaku
kepada dirinya pada masa hadapan. Akibat perbuatannya mencuri guna buku-buku
rujukan dari perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan
atau dibuang sekolah. Semsa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik
pengetua, Azfa Hanani membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Semasa
di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia
menyamarannya akan terbongakar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan berlaku.
Kejutan. Kejutan pertama
ialah kedatangan tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani
berada di Sekolah Menengah Sri Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz
mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani seterusnya terkejut apabila dia diminta
menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah meninggal dunia dengan segala
kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan untuk sepupunya yang lumpuh.
Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani bertengkar dengan
Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara diam-diam.
Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta menghalaunya
keluar dari rumah pada malam itu juga. Kejutan yang berikutnya ialah kedatangan
Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke ruumah
pak long Azfa Hanani selepas Azfa Hanani
dihalau dari rumah mereka.
Suspens. Pembaca dan Azfa
Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani
selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semsa Ekran dan Azfa Hanani berjalan
ke pesta buku. Selain itu, pembaca dan Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran
memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan Tengku Murni.
Azfa Hanani tertanya-tanya tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani ingin
bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan
Ekran dengan Tengku Murni.
Pemerian. Dengan menggunakan
sudut pandangan orang pertama bercerita, iaitu ganti nama 'aku', pengarang
menceritakan segala tindakan dan perasaan watak utama, iaitu Azfa Hanani. Dalam
bab pertama pengarang menceritakan perasaan Azfa Hanani apabila kawan-kawannya
menceritakan bahawa pelajar yang mencuri buku rujukan di perpustakaan akan
ditangkap. Pencuri itu akan digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa
Hanani berasa takut. Contoh pemerian yang lain ialah pemerian tentang suasana
hari pertama Azfa Hanani masuk ke kelas di sekolah baharu. Dia berasa rendah
diri terutamanya semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Dialog. Contohnya melalui dialog antara Azfa Hanani dengan Syafinaz telah banyak menggambarkan perwatakan Tengku Murni yang sebenar. Syafinaz menjelaskan perwatakan Tengku Murni kepada Azfa Hanani supaya Azfa Hanani lebih mudah melakonkannya di hadapan Datin Maziah. Dialog antara Azfa Hanani dengan semua orang dan peramah. Selain itu, Azfa Hanani juga mengetahui tentang Ekran melalui Tengku Ellina.
Monolog dalaman. Azfa Hanani
bermonolog setelah mendengar kata-kata kawannya tentang pencuri buku rujukan
perpustakaan. Azfa Hanani telah mengakui bahawa dialah yang mencuri buku-buku
berkenaan kerana dia hidup dalam keadaan daif dan tidak mampu untuk membeli
buku rujukan.
Monolog. Azfa Hanani menilik
wajahnya di hadapan cermin di bilik Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Dia
terpegun degan gayanya sendiri apabila dia memakai pakaian seragam pengawas
yang dipinjamkan oleh Tengku Ellina kepadanya.
·
Kasih
Sayang,iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan
anak.Contohnya,kasih sayang antara Datin Marziah dengan anaknya Tengku Murni
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan adik-beradik Tengku
Murni yang lain.Tengku Mazran terpaksa
meminta Azfa Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya untuk mengelakkan Datin Marziah daripada mengalami
tekanan persaan jika dia tahu Tengku Murni telah tiada.
·
Kerjasama dapat diperhatikan
dengan jelas dalam novel ini melalui watak Azfa Hanani bersama kawan-kawannya
di sekolah.Mereka bekerjasama dalam satu kumpulan di bawah kepimpinan Ekran
untuk menjayakan Hari Sumbangsih. Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang telah diagihkan oleh Ekran deang baik.Tengku Ellina dan Azfa Hanani juga
bekerjasama dalam mencapai kejayaan sebagai johan pertandingan forum
remaja.Tengku Ellina banyak memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada Azfa
Hanani sebagai pengerusi forum.
·
Bertanggungjawab terhadap kesalahan yang
telah dilakukan.Contohnya,Azfa Hanani secara jujur mengakui pada dirinya bahawa
dialah mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakaan sekolah.Dia sanggup
menerima apa-apa sahaja hukuman yang akan dikenakan terhadapnya.Datuk Tengku
Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu
bapa Azfa Hanani.Atas kesedaran itulah Datuk Tengku Makmur berasa
bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
·
Memaafkan
kesalahan orang lain.Azfa Hanani sedia memaafkan
kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kesalahan mereka semasa berada di
perpustakaan sekolah.Azfa Hanani memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang
menyebabkan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya.Selain
itu,Azfa Hanani memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa
Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.
·
Kepatuhan
anak kepada ibu bapa.Contohnya,Ekran patuh akan arahan
ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya
selepas waktu persekolahan.Oleh yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada
ibi bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan
untuk mencari pengalaman.Tengku Murni juaga seorang yang taat akan perintah
ibunya.Dia tidak pernah membantah apa-apa permintaan atau arahan Datin Maziah.
·
Baik
Hati.Digambarkan melalui watak Tengku Mazran dan
Syafinaz.Setelah Azfa Hanani sanggup memenuhi permintaan mereka untuk menyamar
sebagai Tengku Murni,mereka memberi bantuan kepada paklong Azfa Hanani.Selain
menanggung segala perbelajaan Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh.Mereka
menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan.Mereka juga menyambung
talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa Hanani dapat selalu
berhubung dengan keluarganya.
·
Ketekunan.Azfa Hanani tekun serta
gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang dokto.Walaupun
tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan,dia telah mengambil jalan
sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk
dibaca.Demikian juaga dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita
sebagai akauntan.Dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai menjual
burger.Dia akan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
·
Merendah
diri.Walaupun Azfa Hanani berada di rumah Datin Maziah dan
menyamar sebagai Tengku Murni,dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang
miskin.Selain itu,dia tidak berasa megah dengan pujian kawan-kawannya yang
mengatakan bahawa suaranya lunak dan sesuai untuk menjadi seorang
pengacara.Ekran pula merendah diri dan tidak menjelaskan kepada Tengku Muzaffar
bahawa dia ank pensyarah semasa dia dihalang daripada menjalinkan hubungan
dengan Tengku Murni.
Pengajaran
·
Kita
hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita
lakukan.Contohnya,Azfa Hanani mengaku bahawa dialah mencuri
beberapa buku rujukan di perpustakaan sekolah.Dia telah bersedia untuk menerima
apa-apa hukuman.Begitu juga Fuziana dan Syafikah.Mereka mengaku bersalah dan
meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laili untuk memusuhi dan
bersikap kasar terhadap Azfa Hanani.Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa
dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa
bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.
·
Kita
hendakalah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contohnya Azfa Hanani
tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang
doktor.Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan,dia telah
mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan
untuk dibaca.Demikian juaga dengan Ekran yang gigih untuk mencapai cita-cita
sebagai akauantan.Dia melakukan latihan peraktikal dengan membuka gerai
burger.Dengan cara itu dia percaya dia akan lebih memahami tentang ilmu
perakaunan.
·
Kita
hendaklah sanggup berkorban untuk menyelamatkan keadaan orang lain.Contohnya,Azfa Hanani
sedia mengorbankan persekolahannya akibat kemiskinan pak longnya.Dia sanggup
diberhentikan persekolahan kerana wang itu perlu digunakan untuk tujuan yang
lebih penting,iaitu merawat Zuraini yang lumpuh.Azfa Hanani juga berkorban
dengan menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamatkan Datin Marziah daripada
tekanan perasaan.Dia mengorbankan prinsipnya untuk tidak bersikap hipokrit.
·
Kita
hendaklah meghindari sikap sombong yang boleh menjatukan maruah orang lain.Contohnya,Tengku
Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat
dan peraaan sebenar Azfa Hanani.Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong
terhadap Azfa Hanani dengan memberikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar
sebagai Tengku Murni sedangkan Azfa Hanani tidak berniat untuk menerima upah
atas tindakannya.Tengku Muzaffar juga bersikap sombong dengan menghalang
perhubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana menganggap Ekran anak orang miskin
dan tidak ada masa depan.
·
Kita
hendaklah sedia membantu golongan yang susah.Contohnya,Tengku Mazlan
dan Syafinaz membantu keluarga Azfa Hanani.Setelah Azfa Hanani sanggup memenuhi
permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni,mereka memberikan bantuan
kepada pak long Azfa Hanani sehingga sepupu Azfa Hanani pulih.
·
Kita
hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain.Contohnya,Azfa Hanani
sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka.Azfa
Hanani juga dengan senang hati memaafkan kesalahan Datuk Tengku Muzaffar yang
menyebabkan kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya.Azfa Hanani juaga
memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar
sebagai Tengku Murni.
i suggest luv letter-DJ okawari and flower dance-DJ okawari 2 nice piano song as the background music :D
ReplyDeleteTq... :)
DeleteTerima ksh tuk nota ni
DeleteLgkp sgt
assalam , saya hendak bertanya tentang bab 7 novel Azfa Hanani ( kerenah Laili )
ReplyDeleteapakah nilai , pengajaran dan peristiwa penting dalam bab ini ?
tak ade yang tentang kepentingan watak utama ke
ReplyDelete